Amalan zikir membawa ketenangan hati

Amalan zikir membawa ketenangan hati. Zikir ini merupakan amalan Imam Ghazali, di bukakan barakah Ilahi mohon syafaat para Nabi. Betapa banyaknya pahala jika kita mendengar alunan zikir, apa lagi menyebutnya, ketahuilah bahawa makhluk haiwan dan tumbuhan Allah ciptakan hanya berzikir kepada Allah di samping memberi khidmat pada manusia, ia tidak pernah berhenti berzikir kepada Allah sehinggalah hari kiama, sedangkan makhluk Allah yang kecil itu bersungguh-sungguh tanpa penat berzikir memuji Allah. Terima kasih Allah kerana mengingatkan aku supaya tidak lupa kepadaMu. Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illalllah wallahu akbar. Jangan lah kita sebagai manusia berat hendak melafas tasbih, tahmid, tahlil dan takbir sebagai tanda kita bersyukur atas nikmat kurnia yang Allah bagi pada kita.

ZIKIR HARI JUMAAT
YA ALLAH … YA ALLAH … YA ALLAH
"Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan merasa kelazatan zikrullah"

ZIKIR HARI SABTU
LAA ILA HA ILLALLAH
"Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan hamba yang memujinya"

ZIKIR HARI AHAD
YAAHAIIYU YAA QAIYYUUM
"Memperolehi harta yang banyak dan berkat semasa hidup kita."

ZIKIR HARI ISNIN
LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM
"Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepadanya"

ZIKIR HARI SELASA
ALLAH HUMMA SOLLI A’LA MUHAMMAD WA A’LAA AALII MUHAMMAD
"Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasulullah di dunia dan di akhirat"

ZIKIR HARI RABU
AS TARG FIRULLAH HAL A’ZIM
"Setiap kali di baca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah member keampunan hambaNya."

ZIKIR HARI KHAMIS
SUBHA NALLAH HIL A’ZIMI WA BI HAMDIH
"Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi Allah"

Tidak ada komentar:

Posting Komentar